Suatu hari minggu, setelah selesai melakukan perancangan pada hari berkenaan lalu singgah sebentar untuk menikmati rojak pasembor di sebuah gerai kecil di tepi bangunan kedai di satu seksyen di Shah Alam.
Semasa sedang menikmati juadah itu, dari jauh kelihatan dua gadis yang berpakaian agak seksi melintas jalan dan menghampiri gerai rojak lalu duduk berkongsi meja. Pada mulanya disangkakan berbangsa Melayu lalu terfikir dalam kepala, ishh teruk benar remaja Islam sekarang tapi bila melihat dari dekat, dapat ku agak bahawa kedua-duanya adalah mungkin dari Sabah ataupun Sarawak.
Bila mereka duduk, dengan tanpa niat untuk mengurat aku pun bertanya, cik adik berdua ni berasal dari mana? Jawapannya adalah dari Sandakan, Sabah. Kedua-duanya adalah adik beradik yang mana si kakak bekerja kilang di Seksyen 26 manakala si adiknya masih menuntut di kolej.
Aku meninggalkan mereka menikmati rojak pasembor dan cendol masing-masing sambil berdoa di dalam hati moga-moga Allah memberi hidayah kepada mereka berdua. Ameen.